Tarikh    :  7 September 2018

Tempat  : Pusat Internet Felda Medoi

Masa     : 8.00 am - 12.40 pm

Peserta  : 100 Orang

 

Tujuan

Program hari Dashboard Komuniti ini bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim antara Pusat Internet dan Komuniti. Selain itu, matlamat utama Program ini adalah untuk memperkenalkan Pusat Internet kepada Komuniti, memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti,Myshop,Myhealth,E-waste dan bermacam lagi.

Aktiviti

Program yang dianjurkan oleh Pusat Internet ini telah mendapat sambutan yang hangat dari peniaga, usahawan dan juga komuniti. Program bermula dengan aktiviti pendaftaran bagi pengunjung. Bagi yang menyertai kelas Usahawan akan diberi tempat di dalam premis Pusat Internet untuk mempelajari Myshop dan Dashboard. Bagi pengunjung yang hendak menyertai pertandingan eksplorace akan ditempat kan di bawah khemah di luar untuk persedian kumpulan. Bagi kanak-kanak, kami menyediakan aktiviti kuiz Crossword-puzzle sementara menunggu ibu bapa mereka habis bermain permainan eksplorace atau di bahagian dalam premis. Selepas tamat kesemua aktiviti, pengunjung akan duduk di kerusi bawah khemah untuk menunggu acara penyampaian hadiah dan juga cabutan bertuah.Sebelum ketibaan YB, Kami memberi dahulu cabutan bertuah kepada 15 orang pengunjung. Manakala lagi 5 cabutan bertuah akan diberi oleh YB sendiri. Penyampaian haidah disegerakan selepas kedatangan YB, bacaan doa dan juga sedikit ucapan dari tetamu jemputan. Majlis berakhir dengan majlis dirasmikan oleh YB.

 

Gambar