Sambutan Maulidur Rasul merupakan sambutan yang diadakan bagi meraikan dan memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Setiap tahun sambutan ini diadakan pada 12 Rabiulawal dan kebiasaannya sambutan ini diadakan di  adakan di setiap peringkat negeri, daerah, kampung, taman dan juga dalam kalangan keluarga.

Pelbagai aktiviti berbentuk kerohanian mahupun kemasyarakatan seperti pembacaan qasidah, selawat, berzanji, perarakan, ceramah perkongsian dan lain-lain lagi dirancang untuk menzahirkan rasa syukur umat Islam kepada Allah SWT walaupun kini kita tidak lagi menyambutnya secara besar-besaran namun aktiviti ini tetap harus diteruskan oleh kita semua.

Terdapat beberapa amalan yang digalakkan dilalukakn ketika sambutan Maulidur Rasul ialah mengambil iktibar dan memperingati sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW. Selain itu mengenali peribadi Rasullah, ini adalah peluang terbaik untuk mengenali peribadi baginda ketika mendengar ceramah yang disampaikan.

Memupuk perasaan cinta dan kasih kepada junjungan besar Rasulullah SAW. Kita seharusnya mencintai Baginda dan menjadikan baginda contoh kepada diri kita sendiri. Akhir sekali ialah Memperbanyakkan selawat dan pujian ke atas Rasulullah SAW.

Tema sambutan Maulidur Rasul, 1443 H ialah “Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti”.

Seperti yang diketahui oleh kita semua, buat pada masa kini rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas di galakkan untuk mendapatkan suntikan Vaksin Covid-19. Tidak dinafikan masih ramai dalam kalangan kita ini masih tertanya-tanya tentang adakah mereka yang mempunyai penyakit ini boleh atau tidak mengambil vaksin. 

Berikut dikongksikan info atau maklumat tentang golongan yang layak menerima vaksin dan sebagainya. 

 

Vaksinasi Apa Anda Perlu Tahu

 

 

Bulan Ramadan adalah bulan yang paling ditunggu-tunggu oleh umat islam. Bulan ini adalah  bulan untuk kita sebagai umat islam melipatgandakan amalan selain mengharap rahmat dan keampunan-Nya Bulan Ramadan juga merupakan bulan keberkatan.

 

Oleh itu, terdapat beberapa amalan yang boleh diamalkan untuk mempertingkatkan pahala yang boleh dikumpul sepanjang bulan suci ini. Yang pertama adalah bersedekah. Antara aktiviti bersedekah yang boleh difokuskan pada bulan Ramadan adalah dengan orang paling terdekat dengan kita seperti keluarga dan jiran tertangga. Kita boleh bersedekah juadah berbuka puasa kita kepada mereka.

 

Selain itu adalah terawih, pada bulan Ramadan sahaja kita boleh berterawih, sangat istimewa bulan ini terawih tidak terdapat pada bulan-bulan biasa yang lain. arawih adalah solat sunat yang khusus dilakukan pada setiap malam di bulan Ramadan. Ia dilakukan pada bermula waktunya selepas selesai solat Isya’ dan berakhir dengan masuk waktu subuh. Biasanya umat islam akan sekalikan dengan solat sunat ratibah Isya’ dan solat witir. Solat terawih kebiasaanya di lakukan sebanyak lapan rakaat atau 30 rakaat.

 

Yang terakhir adalah mengejar lailaturqadar. Pada 10 malam terakhir di bulan Ramadan, Allah menjanjikan terdapat satu malam yang amat bermaka kerana Allah memberitahu kepada kita bahawa Allah menurunkan Al-Quran pada malam tersebut iaitu Lailatul Qadar. Malam itu adalah malam yang penuh keberkatan seperti firman Allah:

 

“Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan.” - Surah Ad-Dukhon, Ayat 3

 

Pada 10 malam terakhir ini bolehlah kita menambag lagi ibadah yang biasa kita lakukan pada malam sebelumnya dengan seperti menambah amalan solat sunat, berzikir, membaca al-quran dan bersedekah.

Selamat menyambut Aidilfitri bagi seluruh umatb islam dari PIK Felda Medoi ❤️🌙📿🤲

Eid Mubarak Greetings Instagram Post

Tahun Baru Cina merupakan antara cuti umum yang terpenting dalam kalendar kita warganegara Malaysia. Tarikh Tahun Baru Cina ini akan jatuh pada tarikh yang berlainan, kerana ia mengikut kalendar lunar. Namun ianya tidak jauh bexa di antara bukan Januari atau Febuari.

                             

Tahun 2021, zodiak yang diwakili oleh haiwan pada tahun ini ialah lembu. Dalam astrologi kaum Cina, zodiak cina mengikut kitaran 12 tahun yang terdiri daripada 12 ekor haiwan dan juga mewakili 12 jenis keperibadian yang berbeza.

Bagi tahun lembu ini antara keperibadiannya ialah tenteram, sabar berdisiplin, bercita cita tinggi, sopan tegas dan kuat. Bagi tahun ini, sambutan Tahun Baru Cina disambut sedikit berbeza kerana kita semua di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Oleh itu, kita haruslah sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Antara SOP yang ditetapkan kerajaan bagi sambutan Tahun Baru Cina ialah bilangan kehadiran penganut di Rumah Ibadat tidak melebihi 30 orang pada satu-satu masa. Kedua, pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan penggunaan MySejahtera adalah wajib.

Selain itu, antara yang di tekankan oleh kerajaan adalah aktiviti makan besar adalah tidak melebihi 15 orang ahli keluarga terdekat. Namun aktiviti makan besar pada 11 Febuari 2021 hanyalah terdiri daripada kalangan mereka yang berada dalam zon lingkungan 10km radius tanpa rentas daerah dan negeri.

Kami warga Pusat Internet Komuniti Felda Medoi mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada mereka yang menyambut dan kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga kita kekal mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan sekali gus menjadi warganegara yang bertanggungjawab.


CNY 2021