Karnival OKU 2017 BM

Assalamua'alaikum dan Salam Sejahtera.Untuk makluman semua Kementerian Sumber Manusia akan menjalankan Karnival Kerjaya, Kemahiran dan Produk Inovasi.Kepada yang berminat anda dialu-alukan untuk menyertainya.

Maklumat Karnival seperti dibawah:

Tarikh

: 24 November 2017 (Jumaat)

Masa

: 9.00 pagi - 4.30 petang

Tempat

: Grand Ballroom, Aras 2

  Hotel Aloft Kuala Lumpur Sentral

  No. 5 Jalan Stesen Sentral

  50470 Kuala Lumpur

Perasmi

: YBhg. Dato' Mohd Jeffrey bin Joakim

  Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja        

  Semenanjung Malaysia

 

* Sekiranya ada sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi Puan Norafiza binti Abd. Fattah 03-8886 5144 atau Puan Siti Hawa binti Adam ditalian 03-8886 5145.

          Sebagai peneroka Felda dan tinggal di dalam persekitaran yang sedikit berbeza berbanding taman perumahan, tidak menghalang penduduk berhubung atau berurusan dengan penduduk di luar kawasan Felda. Di kalangan penduduk Felda dan kampung sekitar, kehidupan mereka saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Misalnya, dalam kehidupan seharian, mereka menggunakan perkhidmatan atau prasarana secara bersama. Anak-anak peneroka ada juga yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah di kampung yang berdekatan, selain bersekolah di sekolah rendah di Felda Medoi ini.

     

         Kampung-kampung yang berjiran dengan Felda Medoi antaranya ialah Kampung Logah, Kampung Padang Lalang, Kampung Jawa dan Kampung Abdullah. Penduduk kampung-kampung ini juga melibatkan diri dalam kegiatan pertanian. Manakala bandar yang terdekat ialah Segamat dan Labis. Di kalangan penduduk Felda dan penduduk kampung, hubungan mereka dikukuhkan melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti sukan, agama dan kemasyarakatan yang dianjurkan termasuk juga majlis-majlis pertunangan, perkahwinan, kematian dan lain-lain. Anak-anak peneroka di sini membesar dan bersekolah hasil daripada pertanian getah dan kelapa sawit . Ramai anak-anak peneroka yang telah berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke menara gading. Sebagai peneroka, kebajikan mereka juga dititikberatkan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) termasuk hal-hal yang berkaitan dengan penanaman dan penjualan hasil dan juga persekolahan anak-anak.

 

         Bagi meningkatkan pendapatan dan taraf hidup para peneroka, mereka digalakkan menceburi kegiatan lain seperti menanam sayur-sayuran dan juga menternak binatang. Lembaga Getah Malaysia (LGM) menawarkan beberapa bantuan kepada peneroka yang berminat untuk menternak kambing. Oleh itu, penternakan kambing secara berkelompok telah dimulakan pada tahun 2007 dan telah menempa beberapa kejayaan.  

 

          Pada masa yang sama, segelintir peneroka melibatkan diri dalam perniagaan kecil-kecilan seperti kedai runcit, kedai jahitan pakaian, membuat kuih bahulu, kuih-muih tradisional dan bengkel kenderaan bermotor. Anak-anak peneroka pula ada yang berkhidmat di jabatan-jabatan kerajaan di sekitar Segamat dan Labis. Sebahagian yang lain pula berkhidmat di sektor swasta seperti di bank, syarikat telekomunikasi dan lain-lain. Ada juga anak-anak peneroka yang berkhidmat di Pejabat Felda Medoi sebagai kakitangan pejabat atau tenaga pengajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Medoi.

Felda Medoi terletak kira-kira 8 Km dari pusat bandar Segamat dengan anggaran masa perjalanan selama 10 minit. Felda Medoi merupakan antara tanah rancangan persekutuan yang terawal di daerah Segamat, Johor. Tanah rancangan Felda ini juga telah dibuka sekitar awal tahun 1960-an. Antara kemudahan yang terdapat di Felda Medoi adalah masjid, sekolah, balai raya klinik kesihatan dan sebagainya. Felda Medoi termasuk dalam kawasan Parlimen Sekijang di bawah kelolaan YB Anuar Bin Manap dan DUN Pemanis di bawah jagaan YB Lau Chin Hoon.