Dimaaklumamkan penutupan sementara Pusat Internet Felda Medoi berikutan pandemik Covid-19 dan keutusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020.
Selamat menyambut Ramadan 1441H, semoga bulan Ramadan kali ini dipenuhi keberkatan dan semoga kita semua tabah melalui Ramadan 2020 🤗
Haa...jangan lupa untuk kerap mencuci tangan sebagai langkah berjaga-jaga dari dijangkiti Covid-19 dan sentiasa patuh arahan PKP. Kite pasti menang !!💪
Akhir kata, Salam Ramadan dari kami, petugas Pusat Internet Felda Medoi ☺️
Sejarah Tahun Baru Cina.
Masyarakat Cina di Malaysia bakal menyambut Tahun Baru Cina yang juga dikenali sebagai Tahun Baru Lunar.
Tarikh perayaan ini akan ditentukan berdasarkan bulan baru kalendar lunar yang bermula di antara 21 Januari sehingga 20 Febuari. Pada tahun ini, sambutan Tahun Baru Cina ini jatuh pada Sabtu, 25 Febuari.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui, perayaan ini berasal dari China, ketika pemerintahan Dinasti Shang ( 1766 SM sehingga 1122 SM), di mana orang ramai akan mengadakan upacara untuk menghormati dewa dan nenek-moyang mereka.
Perayaan ini juga kaya dengan mitos. Antara yang paling popular, termasuk mitos “Nian”, seekor raksasa yang menimbulkan kekecohan di kampung-kampung setiap tahun ketika hari pertama kalendar lunar.
Bagi menghalau “Nian” ini, penduduk kampung akan menyalakan bunga api untuk menakutkannya. “Nian” juga dikatakan tidak menyukai warna merah. Oleh demikian, penduduk kampung akan menggantung hiasan merah dan tanglung di luar pintu rumah mereka.
Tahun Baru Cina biasanya bermula dengan makan malam besar bersama ahli keluarga, pada malam sebelum Tahun Baru Cina. Selain itu, tradisi seperti pemberian ang pow oleh pasangan yang sudah berkahwin, perarakan tarian singa dan membakar mercun adalah antara tradisi yang diamalkan masyarakat Cina ketika sambutan ini.
Kalendar Masyarakat Cina.
Tahun Baru Cina adalah perayaan bagi kaum cina yang meraikan permulaan tahun baru cina mengenai kalendar tradisional cina. Perayaan ini juga, disambut selama 15 hari dan hari terakhir juga dikenal sebagai hari Chap Goh Mei atau Hari Kekasih versi masyarakat Cina.
Kaledar masyarakat Cina ini terbahagi kepada kitaran 12 tahun. Setiap satu tahun kitaran tahun diwakili dengan haiwan lunar tahun tersebut. Oleh yang demikian, terdapat 12 jenis haiwan iaitu tikus, lembu, harimau arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan khinzir. Bagi tahun 2020 ini, adalah tahun permulaan setelah tamatnya kitaran 12 tahun, maka tahun ini adalah tahun tikus.
Setiap tahun haiwan yang mewakili kalendar lunar tersebut membawa makna maksing-masing. Tahun tikus ataupun nama lainnya tahun logam mengikut ‘feng shio’ masyarakat cina, dua dan tiga merupakan nombor bertuah untuk tikus. Sebagai contohnya, 23 atau 32.
Selain China, Tahun Baru Cina lazimmnya diraikan di negara yang mempunyai populasi masyarakat Cina yang ramai termasuk di Taiwan, Indonesia, Malaysia. Penduduk Cina di daerah Segamat, rata-ratanya dilihat sedang sibuk membuat persiapan akhir bagi menyambut perayaan ini memandangkan hanya berbaki esok sahaja sebelum seluruh keluarga mengadakan makan besar.