Sambutan Maulidur Rasul merupakan sambutan yang diadakan bagi meraikan dan memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Setiap tahun sambutan ini diadakan pada 12 Rabiulawal dan kebiasaannya sambutan ini diadakan di  adakan di setiap peringkat negeri, daerah, kampung, taman dan juga dalam kalangan keluarga.

Pelbagai aktiviti berbentuk kerohanian mahupun kemasyarakatan seperti pembacaan qasidah, selawat, berzanji, perarakan, ceramah perkongsian dan lain-lain lagi dirancang untuk menzahirkan rasa syukur umat Islam kepada Allah SWT walaupun kini kita tidak lagi menyambutnya secara besar-besaran namun aktiviti ini tetap harus diteruskan oleh kita semua.

Terdapat beberapa amalan yang digalakkan dilalukakn ketika sambutan Maulidur Rasul ialah mengambil iktibar dan memperingati sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW. Selain itu mengenali peribadi Rasullah, ini adalah peluang terbaik untuk mengenali peribadi baginda ketika mendengar ceramah yang disampaikan.

Memupuk perasaan cinta dan kasih kepada junjungan besar Rasulullah SAW. Kita seharusnya mencintai Baginda dan menjadikan baginda contoh kepada diri kita sendiri. Akhir sekali ialah Memperbanyakkan selawat dan pujian ke atas Rasulullah SAW.

Tema sambutan Maulidur Rasul, 1443 H ialah “Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti”.