Bulan Ramadan adalah bulan yang paling ditunggu-tunggu oleh umat islam. Bulan ini adalah bulan untuk kita sebagai umat islam melipatgandakan amalan selain mengharap rahmat dan keampunan-Nya Bulan Ramadan juga merupakan bulan keberkatan.
Oleh itu, terdapat beberapa amalan yang boleh diamalkan untuk mempertingkatkan pahala yang boleh dikumpul sepanjang bulan suci ini. Yang pertama adalah bersedekah. Antara aktiviti bersedekah yang boleh difokuskan pada bulan Ramadan adalah dengan orang paling terdekat dengan kita seperti keluarga dan jiran tertangga. Kita boleh bersedekah juadah berbuka puasa kita kepada mereka.
Selain itu adalah terawih, pada bulan Ramadan sahaja kita boleh berterawih, sangat istimewa bulan ini terawih tidak terdapat pada bulan-bulan biasa yang lain. arawih adalah solat sunat yang khusus dilakukan pada setiap malam di bulan Ramadan. Ia dilakukan pada bermula waktunya selepas selesai solat Isya’ dan berakhir dengan masuk waktu subuh. Biasanya umat islam akan sekalikan dengan solat sunat ratibah Isya’ dan solat witir. Solat terawih kebiasaanya di lakukan sebanyak lapan rakaat atau 30 rakaat.
Yang terakhir adalah mengejar lailaturqadar. Pada 10 malam terakhir di bulan Ramadan, Allah menjanjikan terdapat satu malam yang amat bermaka kerana Allah memberitahu kepada kita bahawa Allah menurunkan Al-Quran pada malam tersebut iaitu Lailatul Qadar. Malam itu adalah malam yang penuh keberkatan seperti firman Allah:
“Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan.” - Surah Ad-Dukhon, Ayat 3
Pada 10 malam terakhir ini bolehlah kita menambag lagi ibadah yang biasa kita lakukan pada malam sebelumnya dengan seperti menambah amalan solat sunat, berzikir, membaca al-quran dan bersedekah.