Tahun Baru Cina merupakan antara cuti umum yang terpenting dalam kalendar kita warganegara Malaysia. Tarikh Tahun Baru Cina ini akan jatuh pada tarikh yang berlainan, kerana ia mengikut kalendar lunar. Namun ianya tidak jauh bexa di antara bukan Januari atau Febuari.

                             

Tahun 2021, zodiak yang diwakili oleh haiwan pada tahun ini ialah lembu. Dalam astrologi kaum Cina, zodiak cina mengikut kitaran 12 tahun yang terdiri daripada 12 ekor haiwan dan juga mewakili 12 jenis keperibadian yang berbeza.

Bagi tahun lembu ini antara keperibadiannya ialah tenteram, sabar berdisiplin, bercita cita tinggi, sopan tegas dan kuat. Bagi tahun ini, sambutan Tahun Baru Cina disambut sedikit berbeza kerana kita semua di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Oleh itu, kita haruslah sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Antara SOP yang ditetapkan kerajaan bagi sambutan Tahun Baru Cina ialah bilangan kehadiran penganut di Rumah Ibadat tidak melebihi 30 orang pada satu-satu masa. Kedua, pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan penggunaan MySejahtera adalah wajib.

Selain itu, antara yang di tekankan oleh kerajaan adalah aktiviti makan besar adalah tidak melebihi 15 orang ahli keluarga terdekat. Namun aktiviti makan besar pada 11 Febuari 2021 hanyalah terdiri daripada kalangan mereka yang berada dalam zon lingkungan 10km radius tanpa rentas daerah dan negeri.

Kami warga Pusat Internet Komuniti Felda Medoi mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada mereka yang menyambut dan kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga kita kekal mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan sekali gus menjadi warganegara yang bertanggungjawab.


CNY 2021