2021, tahun baru yang agak asing dari tahun kebiasaan seperti sebelum ini. Buat pertama kalinya kita tidak menyambut ambang tahun baharu tempoh hari dek kerana pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.
Namun itu bukan lah penghalang buat kita untuk tidak bersemangat untuk memulakan tahun 2021 ini. Setiap tahun kita pasti akan ada matlamat atau impian yang ingin dicapai, ingin disempurnakan bagi tahun tersebut, begitu juga bagi tahun ini, walaupun agak sedikit berlainan tapi kita pasti ada matlamat yang ingin dimakbulkan sehingga ke penutup tahun ini.
Sepanjang tahun berbagai peristiwa baik dan buruk yang akan kita lalui. Antaranya termasuk putus hubungan, kematian, mendapat pekerjaan baharu, kelahiran baharu dan sebagainya. Namun walau apapun yang kita lalui pahit atau manis, kita hendaklah sentiasa menaik taraf kehidupan kita ke taraf baharu. Oleh yang demikian terdapat beberapa perkongsian yang ingin dikongsikan, atau nama lainnya ialah Resolusi 2021 yang meliputi mungkin hobi atau aktiviti-aktiviti positif lain yang dapat menambah baik kehidupan kita.
Dalam kita hendak merealisasikan resolusi tahun baharu, kita hendaklah tahu tujuan yang jelas. Kita tahu apa matlamat kita, tujuan kita, kebaikan dan keburukan sesuatu perkara yang ingin dicapai oleh kita. Dikongsikan di sini beberapa jenis resolusi yang kita boleh amalkan bersama.
Pertama mungkin belajar bahasa baharu. Walaupun bahasa pertama kita adalah Bahasa Melayu dan bahasa kedua adalah Bahasa Inggeris, tidak salah rasanya kita belajar bahasa-bahasa asing seperti Bahasa Korea, Bahasa Jerman, Bahasa Thailand dan sebagainya yang sememangnya agak asing dalam komuniti kita. Kebaikan yang mungkin kita akan perolehi adalah termasuk boleh dimasukkan ke dalam resume atau digunakan ketika melancong ke luar negara sewaktu sempadan negara akan dibuka kelak.
Mungkin, pada tahun sebelum-belumnya kita mengalami patah hati, atau kehilangan orang yang dekat dengan kita atau mungkin kita seorang yang introvert tidak salah bagi tahun baru ni kita berkenalan dengan kenalan baharu. Melalui kenalan juga, kita akan dapat membuka mata dan minda kita lebih luas. Mengenali seseorang bukan sahaja sekadar membaca perangainya, namun kita juga boleh mengambil sedikit ilmu dan pengalaman darinya. Bercampur dengan seseorang yang luar biasa dari komuniti yang kita punyai sekarang adalah juga satu bentuk pelajaran untuk mematangkan cara berfikir dan menerima pandangan seseorang yang pastinya banyak kebaikan akan diperolehi oleh kita.
Resolusi yang kita boleh amalkan mungkin ini mempunyai banyak kebaikan dari segi kesihatan. Jujur kebanyakkan daripada kita suka tidur lewat. Hal ini akan mengakibatkan, keesokkan hari kita menjadi cemas, letih, tidak fokus sekali gus akan menyebabkan kita mudah marah dek kerana kita cuai dalam melakukan kerja. Lebih baik bagi tahun ini kita mula mengamalkan untuk tidur awal. Kesan positif serta merta dapat kita lihat jika kita konsisten mengamalkan tidur awal ini.
Berikut merupakan makluman waktu operasi dan peraturan ketika melakukan urusan di PIK Felda Medoi yang perlu dipatuhi sepanjang PKP.
Sambutan Deepavali atau juga dikenali sebagai Diwali merupakan satu perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu. Perayaan ini dirayakan pada bulan genap iaitu pada bulan Oktober dan November. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan 'Dipa' yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan.
Deepavali juga bermaksud sebarisan pelita. Oleh itu dengan memasang pelita, penganut Hindu percaya bahawa kecerahan akan mengatasi kegelapan, keadilan akan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan akan mengatasi kezaliman. Perayaan ini juga menandakan kemenangan oleh kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan.
Sambutan Deepavali akan dimulakan dengan menyapu minyak bijan di atas kepala dan badan untuk menyejukkan badan, diikuti upacara sembahyang bersama ahli keluarga di rumah dan mendapat restu daripada ibu bapa dan orang tua sebelum ke kuil.
Deepavali atau Pesta Cahaya ini juga mempunyai beberapa tradisi yang biasa sehingga masyarakat kaum lain juga tahu. Antaranya adalah seperti, kolam. Kola mini merupakan upacara yang membawa maksud yang amat bererti kerana perayaan ini tidak hanya dirayakan oleh penganut Hindu tetapi juga makhluk lain di dunia.
Selain itu, makanan. Masyarakat India kebiasaanya akan memulakan majlis dengan manisan sebagai pembuka yang akan dihidangkan dengan makanan tradisi seperti halwa dan juga laddu. Malah sembilan jenis hidangan sayur-sayuran turut disediakan pada pagi Deepavali. Antaranya ialah 'Aloogobi' iaiu campuran ubi kentang dan kobis bunga 'paneer' campuran masala bersama yourgat dan kari dhal. Tidak ketinggalan kuih-muih tradisional lain seperti muruku ,adirasam dan payasam. Muruku, Neiurundai dan Atherasam adalah merupakan kuih-muih tradisional orang India.
Bagi perayaan ini, tidak ketinggalan tradisi kunjung mengunjung juga diamalkan. Tambahan pula, pastinya tahun ini akan sedikit berbeza kerana hampir seluruh negeri di Malaysia kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang sahaja dikecualikan dari dikenakan Perintah Kawaln Pergerakan Bersyarat dimana sepanjang tempoh PKPB ini tiada pergerakan merentas daerah yang menyebabkan kebanyakkan dari kita tidak dapart menyambut Deepavali bersama keluarga. Namun, sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab serta mengamalkan rukun negara dengan baik kita harus tetap mematuhi PKPB dan operasi standard yang ditetapkan sekali gus dapat ‘meratakan lengkungan’ graf Covid-19 di Malaysia.
25 Disember 2020, merupakan antara tarikh penting dalam kalendar kita. Tarikh ini merupakan hari perayaan bagi penganut Kristian. Perayaan ini disambut bagi mengingati kelahiran Jesus Christ. Sambutan Krismas dimeriahkan dengan hiasan pohon krismas yang dipasang dengan lampu berwarna warni. Bungkusan-bungkusan hadiah diletakkan di bawah pokok untuk dibuka pada hari tersebut Christmas Carol dinyanyikan di rumah-rumah penganut Kristian oleh kumpulan koir yang diundang.
Pada malam tersebut, mereka bergembira dengan menyanyi dan menari. Kanak-kanak tidak digalakkan mengikut mereka sebaliknya disuruh tidur kerana semasa mereka tidur, mereka percaya Santa Claus akan datang membawa hadiah kepada mereka. Santa Claus adalah merupakan tokoh mitos terkenal yang sering dikaitkan dengan adat memberi hadiah sempena Hari Krismas. Sebagaimana perayaan masyarakat lain, pada pagi hari Krismas mereka akan mengunjungi gereja-gereja untuk upacara sembahyang.