Latar Belakang

Adik Nur Alya Asyikin merupakan salah seorang ahli PEDi Felda Medoi. Beliau bukan seorang pengunjung tetap di sini. Namun, beliau kerap datang ke PEDi ketika musim cuti persekolahan dan mengunakan khidmat internet di sini untuk mencari bahan rujukan sekolah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Adik Nur Alya mempunyai kemahiran asas internet kerana beliau sering menggunakan khidmat internet disini. Namun, tahap penguasaan pengetahuan ICT beliau adalah paras asas. Oleh itu, petugas telah mencadangkan kepada adik Alya untuk mempelajari kemahiran designing mengggunakan Canva.Com. Kemahiran designing ini sangat berguna untuk beliau pada masa akan datang sebagai contoh, untuk masuk pertandingan dan untuk mereka susun atu grafik sosial media. Hal ini, sekali gus membantu beliau untuk menggalakkan lagi bakat mereka bentuk dalam diri beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Setelah mengikuti beberapa kelas anjuran PEDi, petugas mmendapati bahawa adik Alya sememangnya mempunyai bakat terpendam. Beliau berjaya mengolah sendiri design yang ingin dilakukan oleh beliau. Kelas ertama beliauu petugas  mengenalkan dengan fungsi-fungsi canva dan juga cara bagaimana beliau boleh mendapatkan contoh design untuk menghasilkan satu hasil beliau sendiri. Kelas pertama diulakann dengan mereka kad ucapan hari raya Aidiladha dan terdapat juga kelas-kelas seperti poster berdasarkan topik Klik Dengan Bijak dijalankan.

 

 -Gambar Di Sini-