Nama    : NURATIQAH BT OMAR 

Tempat  : Pusat Internet Felda Medoi

Masa     : 10.00 a.m - 12.00 a.m

Peserta  : 1 Orang

 

 

Latar belakang

 

Menjadi ahli Pusat Internet Medoi adalah sejak bulan Julai, 2019 yang lalu. Tahap pengetahuan adik Balqis tentang penggunaan internet adalah pada tahap asas, dimana beliau tahu cara untuk membuka Google dan YouTube, namun tahap penguasaan penggunaan internet beliau adalah pada tahap minimum. Namun, belaiu harus dipuji kerana adik Balqis ini mempunyai usaha untuk menambah ilmunya dan tidak malu untuk belajar agar menjadi lebih pandai dan mahir menggunakan internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

 

Adik Balqis bukanlah tidak mahir namun pengetahuannya adalah asas sahaja dalam penggunaan internet. Adik balqis telah mengikuti beberapa kelas di PI untuk memahirkan dirinya dalam menggunakan internet. Antara kelas yang diikuti oleh adik Balqis adalah kelas mencipta emel, kelas carian google menggunakan kata kunci yang tepat, kelas tutorial atau E-Pembelajaran (English, Bahasa Melayu, Sains dan Matematik) serta kelasa mencipta poster (Canva.Com). Beliau merupakan seorang pelajar yang rajin kerana mempunyai usaha untuk memajukan diri beberapa tapak kedepan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Setelah mengikuti beberapa kelas anjuran PI, beliau mula menunujukkan peningkatan dalam penggunaan internet. Beliau telah mahir untuk mencari nota pelajaran di Google, menggunakan wesite E-Pembelajaran untuk melakukan latihan mata pelajaran yang telah disebut di atas. Menggunakan sebaiknya emel yang telah dcipta untuk mendaftar masuk akaun akaun E-Pembelajaran yang memerlukan akaun pengguna. Yang terakhir ialah kelas kreatif/grafik di mana beliau telah di ajar menggunakan website Canva.Com untuk menghasilkan sebuah poster. Kesimpulannya, beliau telah dapat memanfaatkan penggunaan internet dengan sebaiknya untuk kegunaan diri beliau sendiri.

 

-Gambar di sini-