Latar Belakang

Adik Puteri merupakan salah seorang ahli PEDi Felda Medoi. Beliau bukan seorang pengunjung tetap di sini. Namun, beliau kerap datang ke PEDi ketika musim cuti persekolahan dan mengunakan khidmat internet di sini untuk mencari bahan rujukan sekolah. Beliau memberitahu, beliau tidak mempunyai pengetahuan yang meluas dalam ilmu digital dan berminat untuk mempelajari lebih lagi pengetahuan digital. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Adik Puteri mempunyai kemahiran asas internet kerana beliau sering menggunakan khidmat internet disini. Namun, tahap penguasaan pengetahuan ICT beliau adalah paras asas. Oleh itu, petugas telah mencadangkan kepada beliau untuk mempelajari kemahiran paling asas terlebih dahulu iaitu mencipta akaun Gmail. Beliau juga kerap menghadiri kelas designing yang dianjurkan oleh petugas PEDi namun beliau tidak dapat menggunakan aplikasi dan website untuk mereka cipta dengan sepenuhnya oleh kerana beliau tidak mempunyai akaun Gmail.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Setelah mengikuti beberapa kelas anjuran PEDi, petugas mmendapati bahawa adik Puteri sememangnya mempunyai minaty terhadap dunia digital. Setelah berjaya mencipta akaun Gmail, beliau berjaya mencipta akaun untuk menggunakan website designing. Beliau berjaya mengolah sendiri design yang ingin dilakukan oleh beliau. Kelas ertama beliauu petugas  mengenalkan dengan fungsi-fungsi canva dan juga cara bagaimana beliau boleh mendapatkan contoh design untuk menghasilkan satu hasil beliau sendiri. Kelas pertama diulakann dengan mereka kad ucapan hari raya Aidiladha dan terdapat juga kelas-kelas seperti poster berdasarkan topik Klik Dengan Bijak dijalankan.

 

 -Gambar Di Sini-