Latar Belakang

Farah Afrina merupakan seorang lepasan sekolah menegah yang baharu sahaja menamatkan pelajarannya di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Farah Afrina ingin menggunakan salah satu khidmat PEDi iaitu kelas ICt (Microsoft Office). Beliau mempunyai pengetahuan yang sangat asas di dalam penggunaan komputer.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Farah Afrina bukan seorang ahli PEDi namun tahu akan kewujudan dan khidmat yang disediakan di sini. Oleh itu, beliau telah menghubungi petugas untuk menjadi ahli baharu di PEDi dan menggunakan salah satu khidmat PEDi iaitu kelas Microsoft Office yang terdiri daripada tiga subjek iaitu Words, Excel dan juga PowerPoint. Beliau ingin belajar Microsoft Office di sini kerana ingin mendapatkan sijil kemahiran menaip yang ingin digunakan bagi meminta pekerjaan. Tahap kemahiran ICT beliau adalah asas sahaja. Beliau tahu cara menggunakan papan kekunci tapi tidak mahir dan biasa dengan Microsoft.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

AM selaku petugas yang mengajar peserta ini telah menetapkan sebanyak 8 ke 10 kelas sebulan bagi setiap subjek. Pada bulan Mei Farah Afrina telah belajar bagi subjek Words. Petugas telah memperkenalkan kepada beliau shortcut bagi words yang boleh digunakan bagi memudahkan kerja beliau. Oleh kerana, beliau tidak mempunyai asas dalam Microsoft, petugas telah memperkenalkan fungsi fungsi di dalam ribbon toolbar di Words terlebih dahulu. Setelah itu, petugas mengajar beliau mengikut modul yang disediakan dan diubah mengikut kesesuaian dan keperluan Farah Afrina. Pada akhirnya, beliau telah menguasai sedikit sebanayk shortcut dan segala jenis kepentingan lain seperti layout, alignment dan penggunaan font,spacing dan sebagainya untuk digunakan oleh beliau kelak.

 

-Gambar Di Sini-

 -Gambar Di Sini-