Jom kita tonton bagaimana cara untuk mendapatkan jaringan internet yang baik di dalam rumah kita sendiri. Berdasarkan video yang dikongsi bagi mendapatkan pengalaman internet yang baik adalah elakkan berada di kawasan yang mempunyai halangan seperti dinding yang tebal kerana hal ini akan menganggu internet untuk dicapai dengan lancar.

Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) adalah asas kepada peralihan infrastruktur digital dengan matlamat untuk menyediakan liputan perkhidmatan jalur lebar yang menyeluruh, berkualiti tinggi dan kualiti pengalaman yang baik di seluruh negara.

Selain itu, bagi meningkatkan kualiti pengalaman Internet yang baik di dalam rumah, pengguna juga boleh mengikuti tip – tip seperti yang diberikan di dalam video ini seperti mengelak daripada berada di kawasan yang mempunyai halangan seperti dinding tebal semasa membuat panggilan. Membuat panggilan daripada kawasan yang jauh daripada router WiFi juga turut akan menyebabkan gangguan kepada kualiti capaian Internet anda.

#JENDELA

#MCMC

#QoE