Pengusaha Bepang Kreatif .
Puan Kamini Binti Komplang yang lebih mesra digelar Kak Mini merupakan usahawan industri kecil di Felda Medoi sejak 20 tahun yang lalu. Gemar membuat pelbagai jenis kuih dan roti, serta menggubah kuih bepang untuk dibuat hantaran, Kak Mini menjalankan perniagaan secara kecil-kecilkan di rumah beliau.
Sebilangan model kuih bepang yang didekorasi untuk dipasarkan
Pada mulanya, Kak Mini hanya mengambil tempahan untuk beberapa jenis kuih dan kek daripada komuniti setempat. Tetapi dengan adanya ilmu kemahiran beliau menggubah kuih Bepang menjadi barang hantaran perkahwinan, Kak Mini semakin giat aktif dalam menjual kuih bepang tersebut. Harga kuih bepang tersebut adalah bergantung kepada permintaan pelanggan bagaimana cabaran gubahan dan buatan yang diiginkan pelanggan. Ada yang digubah menjadi seperti kek yang cantik, ada yang seperti sejambak bunga, dan ada juga yang berbentuk bakul yang unik.
Demonstrasi penghasilan kuih bepang
Keunikan dan rasa kuih bepang yang sedap tersebut menjadi pilihan DYMM Sultan Johor untuk mengunjungi teratak Kak Mini dan menyaksikan sendiri demonstrasi kuih bepang semasa Lawatan Kembara Mahkota Johor ke Felda Medoi Jun 2014 baru-baru ini.
Menerima Kunjungan DYMM Sultan Johor untuk merasai hasil kuih bepang
Sebarang pertanyaan dan ingin menempah boleh menghubungi Puan Kamini Binti Komplang di 07-9456064.