GPW merujuk kepada pakatan atau komuniti yang ditubuhkan khas untuk golongan penerokawati di setiap felda yang ditubuhkan. Gerakan Persatuan Wanita (GPW) adalah persatuan wanita yang paling aktif di dalam Felda Medoi.
Baru-baru ini GPW telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan kemahiran mereka di dalam dunia digital terutama dalam penggunaan komputer dan perisian Microsoft Words. Usaha ini tentunya harus diberikan pujian, hal ini demikian kerana mereka mempunyai usaha tersendiri untuk sama-sama tidak ketinggalan dengan dunia serba digital ini.
Era digital adalah istilah yang digunakan dalam kemunculan digital, jaringan internet khususnya dan teknologi informasi komputer. Era digital sendiri sering digunakan untuk menggambarkan teknologi digital. Perkembangan era digital yang pesat saat ini, sangat membantu masyarakat dunia memberikan kemudahan layanan dan rangkaian tanpa batasan.
Revolusi industri digital yang rancak berlaku di seluruh dunia memerlukan semua pihak bertindak pantas seiring dengan pembangunan pesat dalam produk berteknologi dan sistem automasi lebih pintar. Tidak mengira pangkat, umur, jantina dan sebagainya GPW Felda Medoi mengambil langkah proaktif untuk memanfaatkan pusat internet sebagai tempat untuk mempelajari ilmu digital dengan lebih mendalam lagi.
Hal ini sejajar dengan revolusi Industri 4.0 yang berkait rapat dengan rumah pintar, kereta pintar, telefon pintar dan banyak lagi elemen pintar diterjemahkan di dalam teknologi pintar melalui Industri 4.0. Industri 4.0 ini sangat penting kita fahami ianya merupakan sistem fizikal siber dengan sistem boleh menghubungkan dunia digital, sistem fizikal sistem biologi seperti manusia melalui internet.
Oleh itu, untuk memudahkan semua golongan lapisan masyarakat agar tidak ketinggalan kelas mingguan untuk ahli GPW telah diwujudkan pada hari Khamis dan Ahad bermula jam 9:00 pagi sehingga 12:00 tengahhari. Kelas ini mempunyai objektif meningkatkan kemahiran ICT dan digital dalam kalangan penerokawati, meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam urusan harian serta memastikan golongan penerokawati dapat sama-sama bergerak maju menuju Industri 4.0.
Petugas mempunyai matlamatnya sendiri apabila di akhir kelas ini nanti petugas ingin memastikan peserta-peserta yang mengikuti kelas ini mampu untuk melakukan surat, kad jemputan dan sebagainya sendiri yang pastinya berguna ketika keraian,hari raya dan lain-lain lagi.
Selain itu, petugas juga ada menekankan kemampuan platform internet dalam kehidupan harian, bagaimana platform seperti email akan memudahkan urusan untuk mendaftar akaun e-dagang seperti Shopee, Lazada dan sebagainya tanpa perlu mengharapkan orang lain membantu mereka, sekali gus mereka boleh berbelanja pada bila-bila masa tanpa perlu ke pekan, bandar dan kota.