Kesejahteraan Penduduk Jadi Keutamaan

Rumah asal peneroka Felda Medoi

         Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) ditubuhkan antara lain sebagai sebuah jawatankuasa yang boleh merapatkan perpaduan antara kaum dan sesama penduduk. Melalui JKKK, maklumat-maklumat dan dasar kerajaan dapat disampaikan kepada para penduduk. Kadangkala ia disampaikan melalui program-program khusus seperti Program Anak Angkat, Program Sukan Komuniti dan sebagainya. JKKK turut berperanan mengatur projek-projek kecil yang memberikan faedah kepada masyarakat kampung seperti membaik pulih sistem perparitan atau menganjurkan gotong-royong dan lain-lain.

         Penubuhan biro dalam organisasi JKKK akan memudahkan penganjuran aktiviti atau untuk berhubung dengan penduduk. Di Felda Medoi, biro-biro yang terdapat di bawah JKKK Felda Medoi ialah Biro Wanita, Biro Belia, Biro Pendidikan, Biro Kebajikan dan Agama serta Biro Keselamatan. Biro-biro ini akan menjalankan tanggungjawab mereka membantu penduduk menyelesaikan masalah serta menjalankan aktiviti yang bermanfaat kepada penduduk.