Klinik Desa Felda Medoi

Merupakan pusat kesihatan kerajaan yang terdapat di Felda Medoi. Jika dibandingkan dengan klinik-klinik desa lain, mereka mempunyai hari-hari tertentu bagi memeriksa pesakit-pesakit mereka. Pada dasarnya, Klinik Desa Felda Medoi beroperasi seperti klinik harian (daily clinic). Semua pesakit termasuk ibu mengandung dan kanak-kanak boleh ke klinik mengikut temu janji.

 

Klinik Desa Felda Medoi memberikan perkhidmatan perubatan kepada ibu hamil, kanak-kanak, perancang keluarga dan pesakit luar. Bagi tujuan pemeriksaan dan perubatan, Klinik Desa Felda Medoi mempunyai beberapa peralatan seperti alat mengesan tahap gula dalam darah (glucometer), alat mengesan kandungan darah merah (hemoglobin) alat memeriksa tekanan darah (Blood Presure Set) dan peralatan-peralatan asas yang lain.

 

 

Waktu Beroperasi Klinik Desa Felda Medoi
 
Setiap Ahad hingga Khamis 8.00 pg – 5.00 ptg
 

 

Jenis perkhidmatan yang disediakan dan kadar bayaran  :

 

    • Rawatan pesakit luar dan setiap lawatan                  - RM 15.00
    • Perkhidmatan X-Ray                                                 - RM 50.00
    • Perkhidmatan kesihatan kanak-kanak                      - RM 15.00
    • Rawatan obstetrik & ginekologi,
    • pemeriksaan ibu mengandung,
    • perkhidmatan perancang keluarga,
    • pemeriksaan ultrasound dan setiap lawatan              - RM 15.00
    • Perkhidmatan post natal dan setiap lawatan             - RM 15.00
    • Pap Smear                                                                 - RM 15.00

 

Setiap hari Khamis, kesemua staff akan ke Hospital Bandar Putra untuk mengambil barang-barang keperluan serta ubat-ubatan.