Pondok Polis Felda Medoi

Pihak polis merupakan badan yang diberi tanggungjawab untuk memastikan sesebuah kawasan selamat dari ancaman dan bahaya. Selain pihak polis, JKKK juga adalah antara badan yang bersama-sama dengan pihak polis untuk menjaga keselamatan kampung. Pondok Polis Felda Medoi yang terletak kurang dari 100 meter dari Pi1M Felda Medoi merupakan agensi yang terpenting di sini.

 

 

 Alamat penuh :
Pondok Polis Medoi, Jalan Medoi, 85050 Segamat, Johor
 
Tarikh Dibangunkan :
08/02/1976
 
Ketua / Pengarah :
Supt. Abdul Majid Bin Mohd Ali
 
Bilangan Anggota :
2 orang Pegawai Lans Koperal
 

 

Fungsi  :

1. Memelihara undang-undang dan ketenteraman awam.
2. Mengekalkan keamanan dan keselamatan kampung.
3. Mencegah dan mengesan penjenayah.
4. Menangkap dan mendakwa pesalah.
5. Mengumpul risikan keselamatan.
6. Sebagai penghubung atau perantara dalam segala aspek pencegahan kes-kes yang berunsurkan jenayah atau hal-hal yang boleh mengancam nyawa dan keselamatan awam.


Kemudahan / Infrastruktur  :

Kemudahan asas seperti air, elektrik, telefon dan alat penghubung 'walkie talkie'. kemudahan internet dan komputer belum disediakan.


Aktiviti / Program :

Anggota Pondok Polis Felda Medoi melakukan pelbagai aktiviti bagi merapatkan hubungan dengan komuniti setempat. Antaranya: Menghadiri majlis gotong-royong, menghadiri majlis kenduri-kendara, bekerjasama dengan jabatan-jabatan lain, menghadiri majlis aktiviti / kegiatan sukan, menghadiri majlis JKKK, menghadiri majlis agama, mengadakan rondaan cegah jenayah, menghadiri ceramah-ceramah atau kelas-kelas agama di masjid, menghadiri majlis hal kematian, melawat penduduk yang sakit, dan mengadakan rondaan cegah jenayah bersama penduduk setempat pada waktu malam.