Tujuan

    • - Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menarik buat para pelajar.
    • - Menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar sekolah rendah
    • - Mengasah kembali pengetahuan sejarah para pelajar terhadapa tokoh tokoh terdahulu.

Aktiviti

Aktiviti pada kali ini adalah e-pembelajaran kuiz kemerdekaan. Seramai lebih kurang 12 orang pelajar sekolah rendah telah terlibat bagi aktiviti pada kali ini. Kuiz kemerdekaan kali ini telah terbahagi kepada dua bahagian, bahagian pertama dan bahagian kedua. Rata-rata para pelajar yang terlibat mempunyai pengetahuan yang tinggi terhadap asas sejarah kemerdekaan negara kita.

Para pelajar telah diminta menjawab kuiz tersebut mengikut siapa yang terpantas dan markah diberikan. Antara soalan yang diajukan adalah berapa kali laungan kemerdekaan dilaungkan pada 31 Ogos 1957, siapa pencipta lagu Negaraku dan sebagainya. 

Para pelajar telah diberi markah bagi jawapan yang betul dan petugas telah memberikan hadiah ringkas untuk pelajar yang menang. Hadiah yang diberikan adalah dari inisiatif AM sendiri bagi menghargai peserta yang menyertai program yang dijalankan PEDi.

 

-Gambar Di Sini-