Pusat Internet Felda Medoi
Felda Medoi, Segamat, Johor.

 

123

 

 

          Kami mengucapkan jutaan terima kasih dan amat mengalu-alukan kedatangan dan kesudian anda melawat laman portal kami. Pusat Internet(PI) merupakan satu inisiatif kerajaan dalam usaha merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar serta membina masyarakat bermaklumat (k-Society) melalui teknologi ICT tanpa mengira peringkat umur atau sosioekonomi. Hasil kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Telekom Malaysia Berhad (TM Bhd), Projek Jalur Lebar Komuniti telah dipertanggungjawabkan dan dilaksanakan oleh sebuah syarikat swasta iaitu MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Dalam usaha menjayakan projek ini, pelbagai program, latihan dan bengkel berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bakal diperkenal dan disebarkan kepada seluruh komuniti secara percuma tanpa mengira peringkat umur, agama dan bangsa agar ilmu ICT ini dapat dikongsi bersama dan dimanfaatkan dengan sebaiknya.

          Sebagai langkah permulaan, laman web ini dibina sebagai salah satu medan rujukan dan promosi kepada orang ramai mengenai kawasan PI dan komuniti di Medoi . Antara maklumat-maklumat yang bakal dimuatkan ke dalam laman web ini ialah kandungan tempatan yang merangkumi latar belakang Medoi, aktiviti sosial, ekonomi dan pendidikan masyarakat di sini. Diharap dengan adanya laman web ini, Medoi akan lebih dikenali dan lebih membangun pada masa akan datang.

          

                                           

Objektif Penubuhan Pusat Internet Felda Medoi

1. Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti setempat.
2. Memberi pendedahan kepada masyarakat setempat tentang teknologi komputer dan Internet.
3. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PUSAT INTERNET.
4. Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
5. Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.


          Anda kini boleh menjalankan urusan seharian dengan lebih mudah dan menjimatkan masa, wang ringgit serta tenaga hanya dengan menggunakan kemudahan jalur lebar yang disediakan di PUSAT INTERNET  (Pi).

 
Antara kemudahan tersebut ialah:

1. Membayar bil elektrik, bil air, bil telefon dan bil astro.
2. Berkomunikasi dengan rakan taulan serta sanak saudara.
3. Membeli prabayar telefon atau menjalankan transaksi kewangan.
4. Mendapatkan apa sahaja maklumat berkaitan aktiviti kegemaran anda sama ada resepi masakan, hiburan, sukan,
    soal jawab agama, mahupun isu semasa sama ada dalam mahupun luar negara.
5. Mengiklankan produk jualan/perkhidmatan secara atas talian.
6. Menggunakan sistem penyampaian kerajaan seperti membuat aduan
7.Ahli Pusat Internet yang berdaftar boleh membuat pinjaman tanpa bayaran.
 
Waktu Operasi.

Waktu operasi

PI dibuka setiap hari

9.00 pagi – 1.00 petang

(sabtu hingga khamis)

9.00 pagi -12.30 petang

(jumaat)

Beroperasi

1.00 petang – 2.00 petang

(sabtu hingga khamis)

  1. 0– 2.30 petang

(Jumaat)

Rehat

23/3/2016 (tutup)

Cuti umum