Pusat Internet Felda Medoi akan menganjurkan sebuah pertandingan bagi Usahawan Baru yang berkonsepkan jualan atas talian. Pertandingan ini akan fokus kepada jualan di platform E-Dagang seperti LAZADA dan SHOPEE. Kami juga akan menawarkan kursus bagi mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan ini. Kursus tersebut meliputi asas seperti daftar akaun sehingga cara melakukan jualan di platform E-Dagang tersebut. Sebagai tambahan kami juga akan menyediakan kelas grafik yang meliputi cara untuk mengedit gambar yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam platform E-Dagang. Untuk yang berminat boleh hadir ke Pusat Internet Felda Medoi untuk mendaftar atau hubungi kami Nurnira Noor Ahmad (Pengurus) - 017-3318322 / Nurul Faiqah (Penolong Pengurus) - 012-6684123

 

 

WhatsApp Image 2020 07 07 at 15.09.14 1